
Sulit
3 tahun
Rasa berdenyut di bahagian pusat
Sy lelaki umur 17 thn , tadi ptg sekitar jam 6 , sy sedang meniarap di tilam , dan sy rasa ada denyutan di pusat sy , lps tu sy try tekan pusat sy , sy dpt rasakan pusat sy sdg berdenyut sama² dgn denyutan jantung. Adakah ini normal doktor?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami anda ingin mengetahui tentang gejala denyutan di bahagian pusat yang anda alami. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, seseorang individu boleh merasa denyutan daripada bahagian pusat kerana denyutan tersebut datang daripada aorta abdominal yang membawa darah daripada jantung ke bahagian tubuh badan yang lain. Perkara ini adalah normal berlaku sewaktu kehamilan, makan ataupun ketika baring.
Namun terdapat juga kondisi serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut daripada doktor seperti:
- Aneurysm
- Aterosklerosis
- Tekanan darah tinggi
- Trauma
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.