
khayrie87
5 tahun
Rasa cucuk2 dibahagian bawah dada kanan
Terasa macam dicucuk bahagian bawah dada kanan… Kadang2 rasa cucuk2 tu datang ketika sedang makan… Bila ditelan makanan akan terasa…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, rasa mencucuk di dada kanan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis - keradangan lapisan dalam perut
- Penyakit GERD/ Refluk - yaitu apabila asid perut naik
- Jangkitan paru-paru
- Penyakit jantung
- Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.