
Sulit
4 tahun
Rasa hendak pitam selepas berjogging
Saya lelaki berumur 26, petang semalam sy berjogging dalam 4km dan sy telah lakukan 4 hari berturut-turut dgn jarak yang sama. Semalam selepas tamat jogging semasa dirumah saya berasa hilang keseimbangan badan dan melayang seakan akan jatuh, lalu saya terus duduk kemudiannya mata saya menjadi kabur dan agak kelam namun kembali baik penglihatan selepas beberapa saat… dan saya mengambil minum air kosong sejuk sebanyak 2 gelas…keadaan beransur reda… tapi sejam selepas itu saya merasakan tubuh sy lemah dan seperti ingin demam kemudian hilang selepas sejam… malam nya saya agak mengalami kesukaran untuk tidur kerana terjaga dan risau dgn hal petang itu… sejam tidur kemudian saya sedar, dan kembali tidur dan sedar…dan mata saya hari ini agak kabur sedikit dari kebiasaannya… apakah punca nya? Dan ia serius? Adakah saya perlu ke hospital segera?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa hendak pitam setelah berjogging. Gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- paras gula dalam darah rendah
- hipotensi postural
- dehidrasi atau heat exhaustion
- tekanan perasaan atau kerisauan
- ‘Vertebrobasilar insufficiency’
- migrain
Anda dinasihatkan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti:
- Bibir atau mulut senget ketika senyum yang hanya melibatkan sebelah bahagian muka sahaja
- Loya
- Tekanan atau kesakitan di dada
- Sesak nafas
- Peluh yang berlebihan
- Muntah- muntah
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah rasa hendak pitam.