
Sulit
5 tahun
Rasa kebas dada sebelah kanan
saya wanita berusia 26tahun,sejak 2 mggu lepas…saya jadi sesak nafas dan dada saya terasa berat hingga belakang,saya sudah ke hospital,ujian ecg,xray,tiroid smua normal saya tiada apa2 masalah jntung,tetapi sehingga hrini dada saya masih rasa berat dan kebas hingga rahang saya tak tau apa puncanya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah kekebasan dan dada berat sebelah kanan yang anda alami boleh disebabkan:
- Ketegangan otot dada
- Masalah payudara - seperti sista (cyst) payudara
- Masalah saluran darah aorta - seperti “aortic dissection”
- Masalah saraf vagus - akibat kekurangan nutrien atau kecederaan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.