
Sulit
3 tahun
Rasa lenguh di bahagian kanan tulang rusuk ketika duduk lama
Saya mengalami rasa lenguh ketika duduk lama di atas kerusi pada bahagian kanan tulang rusuk… tak pasti lenguh atau sengal, tapi bukan rasa kesakitan yang melampau. Bila saya berdiri dan bangun, rasa lenguh hilang.
Minta pendapat bagi sesiapa yang pernah mengalami.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Ketegangan dan kecederaan otot tulang rusuk
- Radang tulang rusuk (costochondritis)
- Batu karang buah pinggang
- Jangkitan paru- paru
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor