
badnisam
5 tahun
Rasa loya dan kepala rasa berpusing
Saya lelaki berumur 42 tahun, saya kerap rasa berpusing (pening) pada sebelah petang, kadang-kadang ada rasa loya… adakah saya mempunyai penyakit tekanan darah rendah…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tekanan darah rendah
- vertigo
- kandungan gula yang rendah dalam darah
- dehidrasi
- kurang kandungan sel darah merah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.