
Sulit
3 tahun
Rasa loya lepas makan ubat gastrik dan tahan sakit
Saya ada makan ubat mixture magnesium trisilicate tapi rasa loya dan dada kiri saya masih sakit , kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengambil ubat magnesium trisilicate dan kini mengalami gejala loya dan sakit dada sebelah kiri.
Untuk makluman anda, gejala loya adalah antara kesan sampingan ubat magnesium trisilicate. Selain itu, kesan sampingan yang biasa dilihat dengan pengambilan ubat tersebut adalah :
- Muntah
- Sakit perut
- Cirit-birit
Anda juga memaklumkan anda masih mengalami sakit dada pada sebelah kiri walaupun anda telah mengambil ubat. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor anda supaya ubat-ubatan anda dapat diubah suai sekiranya perlu.
Anda bole menghubungi doktor kami secara atas talia sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.