
Sulit
4 tahun
Rasa macam ada benda keluar daripada kemaluan
Saya berumur 13.dulu selalu beronani.tetapi selepas 1/2bulan saya tidak beronani.saya kadang kadang ada rasa sesuatu keluar daripada kemaluan saya.tetapi apabila di cek tiada apa-apa.kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami mungkin satu perkara yang normal dan tidak perlu dibimbangkan. Kemungkinan cecair yang keluar daripada kemaluan anda adalaha sama ada air mazi ataupun air kencing yang menitik daripada saluran kencing anda.
Kami sarankan anda untuk memantau sekiranya anda mengalami simptom lain seperti kegatalan, masalah tidak boleh tahan kencing ataupun masalah selalu kencing.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.