
Sulit
5 tahun
Rasa macam hendak kencing tapi bila kencing takde air keluar
saya lelaki berumur 42 tahun. hari ni tetiba sy rasa sedikit mencucuk pada bahagian pundi kencing saya(ari-ari). iaitu rasa hendak kencing.bila pergi tanda dan teran, hanya sedikit air kencing yg keluar.sy rasa air kencing sudah tidak ada dalam pundi kencing tapi rasa hendak kencing tidak berhenti. jadi rasa hendak kencing itu menyebabkan sy rasa tak selesa.seolah2 air kencing selalu ada dalam pundi tapi tidak keluar banyak. apakah masalahnya Dr?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
Masalah batu karang
Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
Masalah prostat
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.