
Sulit
5 tahun
Rasa macam sengugut tapi tidak keluar darah haid
Hi doktor , Saya wanita yang berumur 23 tahun . Saya ada masalah untuk bulan ini . Saya ada rasa macam sengugut tapi tidak keluar darah haid . Tapi pada hari ini saya rasa tidak selesa pada bahagian bawah jadi saya memasukkan jari saya ada macam warna seakan darah . and mungkin saya fikir saya sudah datang haid tapi sebenarnya tidak lagi .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit sebelum haid datang adalah merupakan gejala premenstrual yang bermaksud ia boleh jadi normal. Sementara itu, sekiranya sakit berlanjut sehingga semasa haid datang, ia boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim. Keadaan ini adalah dianggap fisiologis (normal, bukan penyakit) dan hanya perlu diubati dengan ubat tahan sakit.
- Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
- Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
- Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.