
Sulit
4 tahun
Rasa mcm demam tapi tak
Saya lelaki berumur 28 thun. Saya rasa mcm sejuk nak demam. Tapi tak demam. Tapi ada masa ok dan tak rasa nak demam. Sebelum ni ada rasa pening. Tapi dah tiada. Tiada batuk. Tekak sahaja gatal2. Saya sudah rasa sejuk nk demam mcm ni hampir seminggu

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, untuk memastikan anda betul- betul demam, penilaian objektif menggunakan thermometer diperlukan.
Gejala demam adalah sangat umum. Ia boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Selain daripada perkara yang saya nyatakan, terdapat beberapa faktor juga boleh memainkan peranan dalam suhu badan anda seperti:
- Perubahan suhu
- Dehidrasi
- Masalah kelenjar tiroid
- Stress
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!