
Anonymous
6 tahun
Rasa menyengat di faraj
Doktor. Saya berumur 26 tahun… dan juga baru lepas bersalin setahun yang lepas. Saya belum datang haid sudah setahun sebulan lebih… tapi,sejak akhir-akhir ini,datang rasa menyengat di anggota faraj saya di sebelah kiri,ada waktu berlarutan selama 15min,dan ada waktu kejap-kejap sahaja…kenapa ya doktor?
Dan saya juga baru lepas ambil ujian pap smear sebulan yang lepas. Dan tiada apa-apa masalah…
Maaf kalau soalan ini hanya masalah biasa-biasa… cuma langkah berjaga-jaga,takot serius…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)
untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan atau vaginitis berulang
- jangkitan seksual
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.