
Sulit
5 tahun
Rasa mual dan loya walaupun ambil suntikan perancang
saya wanita usia 37 tahun. saya mula megambil suntikan perancang 3 bulan sekali semasa tahun 2017 sehingga kini. baru-baru ini saya kerap merasa mual dan loya (simptom seperti wanita mengandung). padahal saya tidak pernah skip tarikh suntikan ini. berat badan saya juga naik mendadak kerana jika saya tak makan tangan dan badan mula menggeletar. soalan saya, selamat ke suntikan ini untuk jangka masa panjang? perlu ke saya hentikan? apa pula kaedah perancang keluarga yang terbaik selain suntikan ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, suntikan perancang digunakan untuk mencegah kehamilan. Suntikan perancang boleh memberikan kesan sampingan berupa:
- Haid tidak teratur - tempoh haid yang lebih lama atau lebih pendek, haid yang lebih berat atau lebih ringan
- Kehilangan haid (semakin lama anda mendapat suntikan Depo-Provera®, semakin besar kemungkinan untuk anda tidak akan mempunyai haid sama sekali)
- Berat badan (wanita mendapat kira-kira 5 paun setiap tahun untuk 3 tahun pertama). Tetapi anda boleh membantu mengekalkan berat badan anda dengan memakan makanan yang sihat dan senaman yang kerap.
- Sakit kepala
- Pening
- Perubahan mood, kemurungan
- Kembung
- Kesakitan / ketidakselesaan perut
Justeru, seandainya mahu berhenti suntikan perancang, tetapi masih mahu mencegah kehamilan, terdapat beberapa pilihan perancangan keluarga lain yang tersedia seperti pil perancang dan IUD. Untuk makluman anda, suntikan depo akan berada dalam badan anda selama 15 minggu setelah anda suntik. Biasanya, anda akan mendapatkan suntikan seterusnya pada 3 bulan (12 minggu) setelah disuntik. Memandangkan kali ini anda mahu bertukar dari suntikan kepada metode perancang lain, anda boleh mulai mengambil pil perancang atau memasang IUD pada tarikh anda sepatutnya mendapat suntikan seterusnya (12 minggu setelah suntikan terakhir).
Bagi mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih