
Sulit
4 tahun
Rasa muntah, pitam dan tidak selera makan
Ibu saya pesakit diabetes . Kebelakangan ini , selepas makan ubat diabetes , ibu saya akan muntah , rasa mahu pitam dan tidak selera makan . Adakah kerana dose ubat terlalu tinggi doktor ? Mohon pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah/gejala yang anda hadapi. Bagaimanapun, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, masalah mual dan muntah boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kekurangan gula dalam tubuh
- kekurangan rehat atau tidur
- rutin makan yang kurang sihat
- tanda-tanda dehidrasi
atau ia juga boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman yang disertai keracunan makanan
- gangguan saluran pencernaan
- gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Khusus sekiranya anda seorang wanita, ia juga boleh menandakan:
- kehamilan
- gangguan kitaran haid
- gangguan hormon
- mahupun gangguan organ wanita
Untuk mengetahui punca masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Terima kasih