Sulit
3 tahun
Rasa nak muntah Dan pening
Saya sering merasa nak muntah tapi Tak dapat muntah rsa mcm tersekat dalm leher slalu kentut
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala rasa hendak muntah atau loya adalah sangat am dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor seperti:
- Kesan ubat-ubatan
- Keracunan makanan
- Penyakit asid refluks (gastrik)
- Penyakit ulser perut
- Alahan makanan - seperti penyakit Coeliac
- Jika wanita - kehamilan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































