Sulit
2 tahun
Rasa nyeri di bahagian dada, rahang dan tapak kaki
Saya seorang wanita berumur 33 tahun.sejak semalam rasa seperti berdenyut di tapak kaki kiri, lenguh di tangan kiri hingga ke bahu, berdenyut di bahagian rahang dan kepala sebelah kanan sedikit berdenyut.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa paerkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Diabetes atau kencing manis - penyakit ini boleh menyebabkan saluran darah ke saraf tersumbat dan menyebabkan sakit saraf
- Carpal Tunnel Syndrome atau sakit saraf bahu - akibat postur tidur atau kecederaan bahu
- Aliran darah yang tidak mencukupi - seperti saluran darah aorta mengecil (coarctation or aorta) atau aorta terhiris (aortic dissection)
- Trauma
- Kurang vitamin B atau kalsium
- Sakit jantung
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.