
Sulit
3 tahun
Rasa nyeri semasa membuang air
Saya wanita berumur 27 tahun & belum berkahwin. Semasa period saya yg ke-4, saya mengalami rasa pedih sikit semasa membuang air dan rasa nyeri di vigina. Pada hari ke-5 period saya, saya masih rasa benda yg sama. Kemudian, period saya tidak lagi keluar pada hari ke-6 & saya tidak rasa nyeri & pedih semasa membuang air. Pada hari ke-7, masih ade darah lagi dan rasa nyeri di vigina dan semasa membuang air. Kitaran period saya biasanya 5-6 hari.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda mengenai gejala sakit semasa membuang air kecil dan ini amat mengganggu anda. Tetapi anda jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit ketika membuang air kecil dan sakit di kawasan kemaluan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Ia boleh disebabkan oleh masalah jangkitan ataupun masalah sakit puan.
Antara punca lazim mengapa seseorang wanita mengalami gejala yang disebutkan adalah:
- Jangkitan salur kencing ( urinary tract infection )
- Karang di dalam salur kencing
- Jangkitan di sekitar kawasan kemaluan
Disebabkan anda mempunyai gejala sakit ketika membuang air kecil, perkara ini perlu diberi perhatian oleh doktor segera .
Anda juga boleh menghubungi doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.