
Sulit
5 tahun
Rasa pedih dan perit dibahagian belakang badan
Saya wanita berumur 40 tahun. Kerap mengalami rasa pedih dan peritdibahagian belakang bdn (belikat). Adakala dibahagiam tgh belakang bdn. Ini amat mengganggu saya. Adakah ianya berkaitan dengan jantung?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit belakang dan kawasan belikat boleh disebabkan:
- Masalah kekejangan otot belakang - akibat terlalu membongkok atau postur tidak kondusif
- Masalah cakera tulang belakang - seperti cakera tergelincir
- Masalah urat saraf belakang - seperti keradangan atau himpitan
- Masalah buah pinggang seperti batu karang atau jangkitan kuman
- Masalah saluran darah jantung (aorta) seperti aorta terkoyak (dissection)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.