
Sulit
4 tahun
Rasa penat walaupun jantung berdegup normal
saya perempuan berumur 16 tahun dan saya rasa penat rasa tak cukup nafas tapi jantung saya berdegup normal saja iaitu 75 dalam satu minit. saya mula rasa penat macam ni start dari hari selasa, saya tidur meniarap semasa petang itu dan bila saya bangun pada pukul 7, saya rasa penat, brterusan smpai malam itu. esok pagi itu saya tidak rasa penat tapi lepas saya brmain dengan kucing saya saya rasa penat balik dan sampai harini rasa penat tu datang tiba tiba dan akan hilang tiba tiba. kenapa ya doktor ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sering berasa penat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, degupan jantung anda adalah normal. Ditambah dengan gejala yang anda alami, beberapa faktor mungkin menyebabkan keadaan anda seperti:
- Penyakit tiroid - seperti hipotiroid
- Anemia - kurang sel darah merah akibat kurang zat besi, asid folic serta vitamin
- Kesan kurang berat - ia akan mengganggu kitaran hormon termasuklah insulin (hormon yang mengawal gula)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Kami juga memerlukan maklumat tambahan untuk membuat rumusan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.