
Sulit
4 tahun
Rasa pening dan berpusing apabila menundukkan badan dan apabila tidur
Saya wanita berumur 60 tahun dan telah menghidap darah tinggi sejak 10 tahun lalu.Namun,saya ada rasa pening dan sakit kepala di bahagian atas kepala dan belakang.Kepala saya juga akan rasa berpusing apabila saya tidur dan menundukkan kepala.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- Migrain
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.