
Sulit
3 tahun
Rasa pening dan nak pengsan ketika bersenam
Hi doc. Saya wanita berumur 23 tahun. Saya pelik ketika saya bersenam saya mesti rasa macam nak pitam and pening nak jatuh. Kenapa ya Dr ? Saya ada penyakit GERD dan vertigo. Adakah disebabkan itu saya rasa pening nak pengsan? Kalau saya jog terlalu lama pun rasa macam tu jugak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan.
Berdasarkan keterangan anda anda mengalami masalah rasa seperti mahu pitam dan pening ketika bersenam beserta latar belakang penyakit GERD dan vertigo. Kam akan cub amenjawab soalan anda.
Untuk makluman pihak puan, mereka yang mengalami vertigo biasanya mudah pening dan hilang keseimbangan apabila melakukan aktiviti yang meilbatkan pergerakan yang banyak. Ini boleh menjadi punca gejala pitam dan pening ketika bersenam yang anda alami.
Namun begitu, perkara lain juga harus diambil kira. Hal ini kerana, gejala ini boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain seperti:
- Tekanan darah rendah
- Paras gula dalam darah rendah
- Anemia
- Dehidrasi
Masalah ini juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius seperti masalah jantung. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan yang sesuai. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.