
Sulit
5 tahun
Rasa perut tidak selesa dan pedih ulu hati
saya berusia 36 tahun,masalah saya adalah,saya mengalami masalah ketidakselesaan pada perut dan pedih ulu hati.apabila saya makan walaupun sedikit saya berasa amat kenyang dan masih merasakan makanan berada di kerongkong menyebabkan saya rasa mual,perut tidak selasa dan sukar untuk tidur.mohon dr jelaskan masalah saya dan cara mengubati.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (gastrik)
- Penyakit ulser perut
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu, jangkitan dalam hempedu, batu karang
- Masalah organ pankreas - menyebabkan ketidakhadaman dan ketidakselesaan
- Penyakit jantung - sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau sejarah kekeluargaan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.