
Sulit
3 tahun
Rasa pitam dan pening kepala sebelum dan selepas makan
Saya wanita umur 32 thn dan ada 4 org ank…sejak semalam saya kurang selesa tk dpt tidur rasa mcm sejuk dan hari ini saya rasa pening kepala sebelum mkn dan slps makan pun sama jugak nak tau apa sebab masalah saya nii

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Anemia (kurang darah merah di dalam badan)
- Tekanan darah rendah (hipotensi)
- Kurang rehat
- Tidur yang tidak mencukupi
- Masalah tekanan di dalam telinga
- Masalah saraf
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit dan pening kepala.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami katakan punca sebenar berdasarkan soalan sahaja. Maklumat lanjut perlu diketahui dan juga pemeriksaan perlu dilakukan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.