
Sulit
4 tahun
Rasa sakit badan belakang
Saya seroang remaja 16 thn.
Sejk keblkgn ni Saya sering sakit belakang terutama di bhg tulang belkg… Apa saya ada masalah tulang belkg?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami namun begitu, kami memerlukan maklumat terperinci mengenai masalah anda. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami sakit belakang:
- Kecederaan pada tulang belakang
- Kekejangan otot di bahagian belakang
- Membuat postur atau posisi badan yang lemah dan tidak selesa
- Jangkitan kuman pada tulang belakang
- Skoliosis
Ini hanyalah pandangan kami mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan dapat diberikan.
Masih risau dengan sakit belakang? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai tanda-tanda yang disebutkan di bawah:
- Gangguan tidur dan aktiviti harian
- Posisi badan yang semakin lemah
- Sakit atau lemah kaki
- Kesukaran bernafas
- Kebas pada bahagian tangan atau/dan kaki
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kami. Terima kasih.