
Sulit
4 tahun
Rasa sakit di bahu kiri
Hai doc…sy nk tanya apa solution utk sakit bahu/frozen shoulder?pagi ni saya bgn tdo bahu sebelah kiri saya rasa sakit sgt.apa punca2 nya?adakah ianya membabitkan tulang/sendi ataupun otot sahaja…dan rawatan macamana yg efektif yg doc suggest kn…tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa sakit di bahu kiri. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya:
- Radang Sendi
- Sakit beku bahu (frozen shoulder)
- Terseliuh (sprain)
- Radang bursa (bursitis)
- Radikulopati servikal
- Spondylolisthesis
- jangkitan kuman
- trauma/ kecederaan/kemalangan
Rawatan yang tepat seperti ubat tahan sakit dan fisioterapi adalah berdasarkan penyebab kepada masalah ini. Untuk ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Jika masalah ini berlarutan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit bahu anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!