Sulit
4 tahun
Rasa sakit dipayudara lelaki
Saya lelaki umur 25 tahun,saya mahu tanya kenapa payudara saya tiba-tiba sakit 2 hari ini…dan ada rasa bengkak di lingkaran hitam puting susu.bila disentuh ada rasa sakit tapi tidak di sentuh tidak rasa sakit…tapi ada seperti bejolan didalam nya dah bengkak rasa sakit bila ditekan sahaja…ada kah itu masalah ketidakseimbangan hormon saya……harap2x bukan kancer…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit payudara dapat disebabkan oleh masalah kesihatan, seperti:
- Mastalgia
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess* iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Memandangkan masalah ini dapat pelbagai daripada sakit biasa sehingga kepada yang serius, anda digalakkan untuk mendapatkan rujukan doktor. Sakit payudara pada lelaki adalah tidak mustahil memandangkan lelaki juga mempunyai payudara walaupun berbeza dengan wanita. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.