
Sulit
4 tahun
Rasa sakit perut dan rasa berangin dan mual
saya lelaki berumur 19 tahun. saya selalu merasa kan
mual dan sakit perut, rasa berangin , dan kerap kentun
, rasa mual ingin muntah dan selalu nya muntah angin jak dan bila saya mkn mesti muntah balik!! apa kah sakit saya dan apa harus ya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Jangkitan usus
- Keracunan makanan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sukar untuk kami tentukan masalah yang dialami oleh anda dan dami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.