
Sulit
4 tahun
Rasa sakit semasa buang Air kecil
Doktor kalau kita minum Air yang banyak boleh kah urat atau penis kita menjadi bengkak atau rasa pedih semasa buang Air kecil

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan adalah terlalu singkat, tidak jelas dan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal yang sebenar.
Namun secara umumnya gejala sakit ketika kencing (atau disuria) - yang boleh diiringi dengan rasa panas & gatal di kawasan kelamin, inkontinensia atau sulit menahan kencing - boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan bakteria atau virus pada sistem urogenital (baca: kencing kotor)
- Penyakit menular seksual
- Teknik cuci kemaluan yang salah atau tidak bersih
- Tabiat minum air yang banyak atau kelainan fungsi ginjal
- Penyakit kulit
Sekiranya gejala tersebut berterusan atau bertambah, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor dengan segera. Disamping itu, ada juga dinasihatkan untuk:
- cuci kemaluan (setelah buang air) dengan air yang bersih (untuk mengelakkan / memperparah jangkitan kuman)
- memastikan kawasan bilik air sentiasa bersih
- hindari penggunaan apa-apa jenis ubat tanpa nasihat doktor
- hindari aktiviti bersama pasangan (buat sementara waktu) sekiranya dikhuatri berjangkit atau menggunakan alat bantuan yang sesuai (i.e. kondom) - jika sudah berkahwin
Tambahan lagi, alat kelamin yang bengkak perlu mendapat rawatan yang segera dari pegawai perubatan.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Walau bagaimanapun, jawapan yang telah diberikan hanyalah pengetahuan umum berdasarkan maklumat yang terhad dari penyataan anda di atas. Untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat kami memerlukan maklumat tambahan dan pemeriksaan yang lebih komprehensif.