
Sulit
4 tahun
Rasa seakan-akan sesak nafas ketika tidur , dan akan hilang selepas buang air besar (tapi tidak sakit perut),
ibu saya pesakit diabetes (masih terkawal) dan on insulin … selalu sangat berasa seakan - akan sesak nafas / terasa degupan jantung agak laju ketika tidur… kemudian jika berlaku, mesti ibu saya akan ke tandas utk mbuang air besar(tapi tidak sakit perut), dan rasa sesak nafas itu hilang…
apakah yg myebabkan keadaan ini berlaku? adakah kesan daripada insulin atau sebab lain?

4 tahun
Salam sejahtera
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas ibu anda sehingga mengganggu aktiviti tidurnya. Lazimnya kesan ubat insulin tidak akan menyebabkan sesak nafas sehingga mengganggu tidur dan membuang air besar.
Oleh itu, kemungkinan masalah ibu anda boleh berpunca daripada masalah paru-paru seperti penyakit penyekatan salur nafas kronik (COPD), asthma, Emphysema , Pneumonia, dan juga Interstitial lung disease , iaitu sejenis penyakit sel paru-paru yang rosak dan menjadi parut ( Fibrosis ).
Namun, bagi pneumonia, ia hanya berlaku pada masa yang singkat dan mengejut, dan simptom-simptom terlibat memerlukan perhatian kecemasan dari pihak hospital.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami sarankan ibu anda untuk berjumpa dengan doktor dan membicarakan perkara ini dengan lebih lanjut dengan cadangan bahawa paru-paru anda mungkin bermasalah. Siasatan lanjut seperti Chest X-ray, MRI dan juga PFT ( Pulmonary function test ) perlu dilakukan bagi pengetahuan lanjut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.