
Sulit
4 tahun
Rasa seperti ada sesuatu tersekat di tekak ketika menagis
Saya seoarang remaja 17 tahun,sejak beberapa hari ini, tekak saya merasa seperti ada sesuatu tersekat ketika menangis kerana sedih atau gelisah atas beberapa faktor. Namun tidak berasa sakit,cuma keadaan ini membuat kan saya berasa tidak selesa… Bolehkah doktorterangkan apa & mengapa ini terjadi?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus lain seperti virus influenza
- Radang tonsil
- GERD
- Trauma pada tekak
- Tertelan bendasing
- Ketumbuhan di tekak
- Stricture di tekak
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.