
widad282
5 tahun
Rasa seperti ade pergerakan di bawah dada kiri
Sy wanita berumur 39 tahun, breast cancer on tamoxifen. Sy merasa ada pergerakan di bahagian bawah dada, tiada kesakitan. Rasa tu seperti pergerakan janin di dalam rahim, tapi pergerakan itu di bahagian abdomen.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang lengkap. Melihat kepada riwayat penyakit kanser yang dihadapi, pergerakan di dada anda berkemungkinan besar adalah degup jantung anda yang terasa kuat kerana berat badan anda yang berkurang akibat dari kanser. Akan tetapi, tidak dapat menolak kemungkinan rasa itu terjadi sebabkan oleh beberapa hal seperti:
- efek ubatan
- kepenatan
- pembesaran jantung
- penyakit jantung
- jangkitan paru-paru
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih