
Sulit
4 tahun
Rasa seperti demam tapi suhu normal
Saya wanita berumur 30an dan sudah berkahwin. Not pregnant and Thyroid Tested normal. Pada suatu petang saya terasa kepala berat dan saya tertidur. Selepas terjaga dari tidur, badan terasa lemah , mengeletar, terasa mual dan muntah. Keesokkan pagi badan saya terasa sakit2. Disebelah petang saya terasa mual-mual. Suhu badan saya 36 dan sudah berjumpa dengan doktor. Sudah 3 hari masalah ini menganggu kehidupan seharian saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Berdasarkan penerangan anda, anda mengalami masalah badan lemah, menggeletar, mual dan muntah. Antra penyebab keadaan ini ialah:
- Kekurangan glukosa dalam darah-anda mungkin kurang makan atau menggunakan banyak tenaga lebih daripada yang diperoleh daripada makanan
- Ketidakseimbangan elektrolit-akibat dehidrasi
- Terlebih kafein
- Keresahan
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Lebih maklumat diperlukan beserta pemeriksaan kesihatan yang lain untuk menentukan masalah yang anda hadapi. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.