
Sulit
4 tahun
Rasa seperti di cekik. Saya tak boleh tidur sekarang . Bantu saya doktor. Boleh tak saya pegi hospital sekarang?
Salam doktor… sy sekarang x boleh tido sb sy rasa seperti tekak sya di cekik atau ad benda tersangkut wlaupun dh bnyk air sy minum. Boleh tak sy pegi ke hospital waktu sekarang ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan
- Postnasal drip
- Anda bernafas melalui mulut semasa tidur
- Refluks asid dari perut
- Radang tonsil
- Mononucleosis
- Gonorrhea
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.