
Sulit
4 tahun
Rasa seram sejuk sampai menggigil
Sy lelaki umur 18 tahun , saya sering main game dan tengok anime sampai lewat malam , dan kadang-kadang bila waktu tengah malam tu… Sy rasa bahagian atas tangan sy tiba-tiba rasa sejuk dan bila tarik nafas pula , tekak sy terasa sejuk dan di dalam hidung sy pun terasa sejuk sampai badan sy menggigil. Tu rasa sejuk tu , tiba-tiba datang dan lpas beberapa minit , pandai hilang sendiri.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, kami kurang jelas dengan kenyataan yang diberikan oleh anda. Terdapat beberapa sebab yang mungkin boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Cuaca atau persekitaran yang sejuk
- Serangan asma
- Kurang rehat
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Maklumat lanjut mengenai keadaan anda perlu diketahui dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya perkara ini mengganggu anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.