
hanzam16
3 tahun
Rasa sesak nafas bila nk tidur
Saya umur 20… Waktu malam bila saya nk tidur saya rasa agak susah nk bernafas… Waktu pagi tu pun kadang2 dada saya rasa x selesa… Benda ni berlaku dh lama…hampit setahun kalau x silap… Adakah saya berkemungkinan memdapat covid… Sebab saya xde demam cuma batuk je… Tapi tak sakit tekak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Post-nasal drip
- Radang resdung
- Radang amandel
- Penyakit gastrik
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit tekak atau esofagus
- Jangkitan (virus atau kuman)
Anda boleh cuma ambil ujian kit Covid kendiri untuk saringkan status anda dahulu. perkara-perkara atas biasanya menyebabkan gejala yang serupa sekali dan amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Perubatan.
Sila klik pada link ini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur.