
Sulit
4 tahun
Rasa sesak nafas dan suhu badan meningkat
Dalam minggu ni saya berasa sukar benafas ,rasa panik dan terasa senak sedikit di atas perut ,kadang2 suhu badan sya meningkat sedikit dalam 37.7 ,tekak pun terasa kering sedikit ,ape sbb dia doc

4 tahun
Salam sejahtera
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sesak nafas anda.
Oleh itu, kemungkinan masalah ibu anda boleh berpunca daripada masalah paru-paru seperti penyakit penyekatan salur nafas kronik (COPD), asthma, Emphysema , Pneumonia, dan juga Interstitial lung disease , iaitu sejenis penyakit sel paru-paru yang rosak dan menjadi parut ( Fibrosis ).
Namun, bagi pneumonia, ia hanya berlaku pada masa yang singkat dan mengejut, dan simptom-simptom terlibat memerlukan perhatian kecemasan dari pihak hospital.
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Kami kurang pasti bagaimana sesak nafas anda menyebabkan tekak anda berasa kering. Kami memerlukan lebih banyak maklumat. Suhu badan anda adalah masih normal.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.