Sulit
4 tahun
Rasa sukar nak bernafas
Saya wnita 22 , bila sy mkn rasa sesak bila sy menelan mcm seakan sy lupa nk menelan.kdg bila mkn asik nk tersedak je.sy xblh mkn nasi keras xlepas nk menelan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Makan terlalu gelojoh
- Terdapat masalah dengan esofagus
- Masalah sistem pernafasan
- Refluks asid atau GERD
- Masalah sistem saraf
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang anda alami. Kami sarankan anda untuk berjumpa doktor disebabkan perkara ini berulang supaya pemeriksaan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Nasihat kami adalah anda makan dengan perlahan dalam kuantiti yang sedikit dan mengunyah makanan anda sehingga hancur atau lumat sebelum menelannya.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.




































