
Sulit
5 tahun
Rasa tak selesa bila menelan kerongkong berbunyi tapi tak sakit
Saya baru lepas jumpa doktor dia kata tekak saya ada ulser… Dan doktor bagi ubat radang tekak dan antibiotik sekarang masih rasa tak selesa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit tekak yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di sini adalah terhad berbanding dengan doktor di klinik atau hospital.
Oleh kerana anda sudah berjumpa dengan doktor, saya sarankan untuk anda mengikut nasihat doktor dan mengambil ubat seperti yang diberi. Ubat tersebut mungkin mengambil sedikit masa sebelum ia memberi kesan. Teruskan mengambil ubat dan awasi gejala anda. Sekiranya ia berlarutan atau semakin parah anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor lagi.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.