
Sulit
4 tahun
Rasa tak selesa pada tangan kiri dan dada
Selamat tengahari doktor. Saya remaja perempuan berumur 16 tahun. Saya ingin bertanya. Apabila saya rasa bersalah atau sedih, saya akan rasa tidak selesa pada tangan kiri di bahagian ibu jari dan juga rasa tak selesa di dada. Adakah ia perkara biasa atau ada apa-apa yang pelik? Saya sering merasa begini pada bila ii masa. Kadang ii bukan hanya pada waktu sedih atau rasa bersalah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Disebabkan kekurangan maklumat dan saya tidak dapat menilai keadaan anda secara fizikal, sukar bagi pihak kami untuk memberikan kesimpulan dalam masalah yang anda hadapi.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!
Namun begitu, saya sarankan anda untuk segera ke klinik berdekatan jika anda mempunyai gejala seperti:
- Rasa dada tertekan
- Sakit dada yang merebak ke rahang, lengan kiri dan belakang badan
- Degupan jantung laju dan kesukaran untuk bernafas
Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.