
Sulit
4 tahun
Rasa telinga tersumbat selepas menggunakan putik kapas
Anak buah saya berumur 7 tahun telah menggunakan putik kapas untuk memebersihkan telinganya.selpas itu dia mengadu telinganya agak sedikit tersumbat.tahi telinganya jenis cair.adakah ini berlaku sesuatu yg serius atau tersumbat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala telinga tersumbat yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Gumpalan tahi telinga yang mengeras - akibat penggunaan pengorek telinga
- Bengkak laluan dalam telinga - akibat jangkitan kuman
- Jangkitan dalam telinga (otitis media)
- Kumpulan cecair dalam telinga (otitis media with effusion)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta gejala lain yang anak buah anda alami serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh bertemu dengan seorang pakar telinga, mata dan hidung (ENT specialist) untuk meminta pandangan mereka. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Kami juga mempunyai panel pakar ENT yang boleh anda berbicara dengan atas talian melalui link ini (specialist booking). Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.