
Sulit
5 tahun
Rasa tidak sedap badan
sy lelaki berumur 42 tahun…sejak 2 hari ni sy berasa Tidak sedap badan…rasa demam tp bila cek suhu plg tggi 36.7… Kaki berasa sejuk…kepala pun rs sakit sikit…perut pun rasa x selesa…Tiada batuk or selsema untuk pngetahuan sy pemandu grab…sy rsau jika ada pnumpang ada yg dijangkiti covid19…spnjg PKP ni mmg tidak mgmbil pnumpang…hanya duduk dirumah…adakah perlu sy mmbuat saringan covid 19?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Sekiranya anda mempunyai gejala diatas dan mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang positif serta berkunjung ke luar negara anda mungkin mempunyai risiko yang tinggi.
Untuk mengetahui risiko anda, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini