
Sulit
4 tahun
Rawatan antibiotik ptb
bolehkah dan selamatkah saya makan pil viagra sedangkan saya dalam menjalani rawatan antibiotik PTB

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, terdapat beberapa ubat antibiotik untuk rawatan tuberculosis yang berinteraksi dengan ubat viagra (sildenafil). Oleh itu, sebelum anda mengambil ubat viagra, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor agar agar doktor boleh menentukan dos ubat bersesuaian dengan anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.