
Sulit
4 tahun
Rawatan HAART, Vitamin C dan Magnesium
Hi Doc, saya dalam rawatan HAART. Doktor juga cadangkan saya mengambil Vitamin C sebagai tambahan selera makan kerana berat badan susut. Saya juga mengambil Magnesium dalam masa yang sama. Adakah kesan sampingan jika saya mengambil Vitamin C dan Magnesium setiap hari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pengambilan Vitamin C dan magnesium dalam kadar yang betul seiring dengan keperluan badan tidak mendatangkan masalah. Kesan sampingan terjadi apabila pengambilan melebihi daripada keperluan tubuh badan. Doktor yang merawat anda sudah pasti meneliti tahap kesihatan anda dan memberikan dos yang besesuaian dengan keadaan kesihatan anda. Sekiranya ianya mengganggu aktiviti seharian anda, anda boleh mengurangkan dos atau kekerapan pengambilan supplemen ini dengan merujuk kembali doktor anda.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.