
Sulit
3 tahun
Rawatan Hepetaitis B
Salam doc ada tak ubat untuk rawatan hepetaitis B

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Waalaikumsalam. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Hepatitis B boleh dirawat tetapi tidak dapat disembuhkan. Terdapat rawatan dalam bentuk ubat yang boleh diberikan untuk mencegah dari masalah ini berlarutan sehingga menyebabkan sirosis hati dan kanser hati. Ini bermaksud, pesakit terpaksa mengambil rawatan sepanjang hidup.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.