
Sulit
4 tahun
Rawatan untuk penyakit kelamin seperti kuntil kelamin…kuntil nie hilang sekejp..slpas itu akan naik blik
Mcm mana nk buang penyakit kelamin…mcm kuntil kelamin…dan ubat ape yg sesuai untuk dibeli dekat famasi…kuntil nie dia hilng kjp…lpas tu ad blik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang hadapi pada masa ini. Kami kurang jelas dengan penyakit kelamin yang anda maksudkan dan memerlukan maklumat lanjut berkenaannya. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat penyakit kelamin:
- Melakukan seks rambang tanpa perlindungan
- Sering bertukar-tukar pasangan seksual
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Untuk masalah kuntil kelamin anda, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk diperiksa terlebih dahulu dan rawatan untuk penyakit kelamin hanya boleh diberikan oleh doktor.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.
Jika anda mempunyai soalan lanjut mengenai keadaan anda, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai keadaan ada bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.