
kirahosha25
4 tahun
Rbc bentuk bulan sabit
Macam mana nak mengatasi masalah ini atau rawatan yang sewajarnya untuk penyakit ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan apa yang dinyatakan, anda menghidap sakit sickle cell anemia. Sickle cell anemia adalah sejenis anemia (kurang sel darah merah) yang diwarisi - keadaan di mana sel darah merah tidak cukup sihat untuk membawa oksigen yang mencukupi di seluruh badan anda. Sel-sel yang tidak bermacam2 bentuk dalam penyakit ini boleh tersekat dan berkumpul dalam saluran darah kecil, yang dapat menyekat aliran darah dan oksigen ke bahagian-bahagian tubuh.
Penyakit ini biasanya memerlukan rawatan sepanjang hayat.
Perkara utama yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan kesakitan adalah dengan mengelak dengan sebaik mungkin penceuts kesakitan
Anda dinasihatkan untuk:
- Minum banyak cecair untuk mengelakkan dehidrasi
- Pakai pakaian yang memanaskan badan
- Elakkan perubahan suhu secara tiba-tiba, seperti berenang di dalam air sejuk
Hubungi doktor anda jika langkah-langkah ini tidak berfungsi atau kesakitan anda semakin teruk. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.