
Sulit
4 tahun
Rebonding rambut ketika hamil
Saya ter"rebonding rambut ketika hamil 2 bulan.apa perlu saya lakukan dan apa kesan nya kepada janin saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, secara amynya, rawatan rambut dianggap selamat untuk digunakan semasa kehamilan dan tidak menyebabkan apa-apa kesan kepada janin. Walau apa pun, pilihan paling selamat anda menunggu sekurang-kurangnya sehingga selepas kandungan melepasi trimester pertama atau sampai kehamilan tamat.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor yang merawat anda atau anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.