
Sulit
5 tahun
Rebus telur menghilangkan covid 19
Maaf doktor baru baru ni saya ternampak viral ramai masyaraktt percaya bahawa rebus telur mampu merawat covid saya cuma nak pastikan adaka ianya betul?

5 tahun
Terima kasih atas soalan berikut
Untuk pengetahuan anda, setakat ini belum ada kajian mengatakan bahawa telur digunakan untuk mengubati sakit jangkitan COVID-19. Telur merupakan sunber protein bagi manusia dan ia tidak digunakan meluas dalam bidang perubatan yakni dari segi mengubati sakit.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.