
Sulit
4 tahun
Regarding Birth control pills
Saya berusia 29 tahun. Sekarang ni saya ambik pill yasmin.
Saya nak tanya, apa makanan dan minuman yang tak boleh saya makan dan minum sepanjang saya mengambil pil yasmin? Adakah air detox/greentea selamat untuk diambik ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, teh hijau selamat diambil semasa mengambil pil perancang Yasmin. Tiada kajian yang menunjukkan interaksi pil ini dengan mana-mana makanan atau minuman.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.