
Sulit
4 tahun
Regular period, tetapi keluar coklat dan darah sedikit
Hai, sy nak tanya. Kenapa darah period sy bila sy basuh kemaluan baru ada. Bila duduk saja darah xkn keluar mcm biasa. Dan sy nak tanya, kalau kata saya pregnant, boleh ke terjadi mcm ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid dan tompokan darah sedikit boleh disebabkan:
Kehamilan - anda boleh membuat ujian air kencing 1-2 minggu selepas tarikh akhir bersetubuh
Kesan pil perancang
Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
Tekanan emosi
Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!